Assalamualaikum semua!
Blog ini khas untuk menerangkan mengenai pengurusan masa dalam islam. Pengurusan masa yang bijak akan membentuk peribadi seseorang untuk menjadi yang lebih baik. Dari perkongsian ini kami berharap akan dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk semua :)
Pengurusan masa ialah kemampuan untuk merancang dan mengawal penggunaan masa kita dalam sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita. Penggunaan masa yang efektif merujuk kepada bagaimana kita merancang masa kita dengan bijak dan mendatangkan kebaikan kepada kita.
Pengurusan masa yang tidak baik akan menyebabkan kerja-kerja harian kita akan menjadi tertangguh. Pengurusan masa yang tidak terancang menjadikan kita orang yang mempunyai disiplin yang rendah. Tahap disiplin yang rendah akan mendorong kita untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.
Kadangkala manusia sering berkata "masa itu tidak mencukupi" ,ada yang segelintir berkata "masa mencukupi" dan ada sesetengah manusia berkata "terlebih masa".
Manusia sering mempertkaikan masa yang ada. Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan waktu.
Masa sentiasa bergerak laju walau apa pun yang kita lakukan. Kita di dunia ini diberi masa iaitu 24 jam,1440 minit @86400 saat setiap hari untuk digunakan setiap hari sama ada melakukan kebaikan ataupun kemungkaran.
Manusia juga seringkali terleka dngan masa lapang dan mudah saja lali dengan kehidupan yang fana. Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang juga, jalan pembaziran juga yang dipilih oleh kita. Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini.
Oleh itu, kita sebagai umat manusia yang sering leka dan lalai ini mestilah sentiasa fokus dan bijak dalam menguruskan masa yang efektif. Walaupun kita tidak boleh mengawal masa, namun kita boleh mengawal apa yang kita lakukan dalam kehidupan harian kita agar menjadi manusia yang berguna dan berjaya dalam pelbagai bidang.
Sebagaimana dalam video itu ialah manusia itu akan berada dalam kerugian jika kita mensia-siakan waktu yang ada. Jika manusia itu beramal soleh, dia akan memperoleh kebaikan seperti akan menepati waktu dan berdisiplin dalam melakukan sesuatu.
No comments:
Post a Comment