Monday, February 5, 2018
DALIL-DALIL MENGENAI PENGURUSAN MASA DALAM ISLAM
Dalam islam, Al- Qur’an dan Sunnah telah menjelaskan betapa pentingnya waktu sebagai anugerah Allah S.W.T bagi kehidupan umat manusia. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam al- Qur’an Surah Ibrahim ayat 33-34.
“Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinakannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”
Ayat diatas menjelaskan betapa pentingnya waktu dalam kehidupan manusia sehingga sebagai orang yang beriman, kita harus mampu memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya. Waktu memegang peranan yang penting dalam kehidupan sehingga Allah S.W.T akan meminta pertanggungjawaban dari setiap apa yang manusia lakukan untuk waktu yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.
Dalam al-quran iaitu Surah Al-Ashr :
(3)وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dalam kesabaran".
Berdasarkan ayat diatas bahawa orang mukmin yang beriman saja yang akan sedar bahawa masa amat penting dalam kehidupan dan akan menjadi orang yang berada dalam kerugian apabila kita mensia-siakan waktu yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi manfaat kepada diri kita sendiri.
Hadis Riwayat Bukhari :
وعن ابن عمر – رضي الله عنهما- قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه و سلم بمنكبي فقال: كن في الدنيا كأنك غريب، أو عابر سبيل وكان ابن عمر – رضي الله عنهما – يقول: إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك. رواه البخاري.
Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua bahuku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.”
Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)
كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ , أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ
“Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.” (HR. Bukhari)
Hadis diatas menerangkan bahawa untuk melakukan sesuatu kerja ataupun kebaikan, kita mesti menyegerakan dan mempercepatkanya kerana kita belum tahu bila kita akan jatuh sakit ataupun mati. Jadi kita mesti menjadi manusia yang sentiasa menghargai masa yang ada kerana Allah S.W.T menyukai dan meredhoi orang yang melakukan apa yang disuruh olehnya.
Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Terkadang manusia lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat memberi hiburan kepada mereka tanpa sedikit pun memikirkan kematian yang saban hari mendekati mereka!!!!
Hadis Riwayat Al-Hakim :
اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
“Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara: (1) Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu (2) Waktu sihatmu sebelum tiba waktu sakitmu (3) Waktu kayamu sebelum datang waktu kefakiranmu (4) Waktu luangmu sebelum datang waktu sibukmu (5) Waktu hidupmu sebelum datang waktu matimu
“Ketahuilah lima hal iaitu waktu muda, waktu sihat, waktu luang, masa kaya, dan waktu ketika hidup. Barulah seseorang betul-betul mengetahui nilainya setelah kelima hal tersebut hilang.”
Maksud tersirat hadis yang amat popular ini, mengingatkan umat Islam agar tidak mengamalkan budaya suka menangguh terutama dalam perkara-perkara yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
Jangan bertangguh dalam melaksanakan hak, amanah dan tanggungjawab…
Jangan bertangguh dalam melaksanakan amal ibadat…
Jangan bertangguh dalam menyebarkan syiar Islam…
Jangan bertangguh dalam soal memperjuangkan dan mempertahankan kedaulatan Islam…
Jangan bertangguh dalam menegakkan hukum syarak…
Jangan bertangguh dalam menyempurnakan tugasan yang diamanahkan dalam pekerjaan…
Sabda Rasulullah s.a.w :“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat dari pengurusan masa yang bijak, kita mestilah fokus kepada keutamaan dahulu sebelum melakukan per...
-
Kesimpulan yang dapat dibuat dari pengurusan masa yang bijak, kita mestilah fokus kepada keutamaan dahulu sebelum melakukan per...
-
Dalam islam, Al- Qur’an dan Sunnah telah menjelaskan betapa pentingnya waktu sebagai anugerah Allah S.W.T bagi kehidupan umat manusia. ...
No comments:
Post a Comment