1. Menyedari bahawa masa tidak menunggu sesiapa
Kita sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah sedar bahawa masa amat penting bagi kita . Masa itu seperti emas. Masa tidak akan pernah menunggu kita jadi kita yang harus mengejar masa yang ada sebelum terlambat . Oleh itu, kita mestilah mengelakkan pembaziran masa dengan melakukan perkara sia-sia.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
”Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan"(Surah al-Isra' 17:27)
2. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri kita
Kita sebagai pelajar mesti mempunyai kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Oleh itu, kita mesti melakukan jadual harian kita dengan bijak mengikut apa yang diri kita mampu lakukan . Sebagai contoh, ada pelajar yang boleh "menghadap" buku selama tiga jam berturut-turut tanpa rehat. Mungkin juga ada pelajar yang hanya dapat fokus membaca buku sekadar setengah jam ke satu jam dalam masa sehari. Dan boleh jadi kualiti setengah jam tersebut lebih baik berbanding3-4 jam merenung buku tersebut tanpa memahami isi di dalamnya. Hal yang demikian, Kita haruslah bijak mengendali waktu lapang kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah yang sesuai dengan gaya hidup kita.
3. Fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan
Untuk membantu kita fokus dalam melakukan kerja yang dilakukan ialah kita boleh letakkan telefon kita dalam mode "silent", jauhkan diri dari televisyen dan duduk bersendirian dalam melakukan sesuatu kerja agar dapat mengalih perhatian kita untuk fokus pada apa yang kita sedang lakukan. Duduk bersendirian yang saya maksudkan tadi ialah dengan melakukan kerja/ assignment bersendirian tanpa gangguan bising. Contohnya, kita dapat menghindarkan diri kita dari berbual kosong dengan rakan kita . Hal yang demikian, kerja kita akan akan lebih cepat untuk disiapkan pada masa yang ditetapkan.
4.Muhasabah kembali waktu yang telah berlalu pergi
Setiap kali selepas selesai menyiapkan sesuatu tugasan, muhasabah balik, adakah kerja kita selesai dalam masa yang ditetapkan dengan kualiti yang baik atau tidak. Sekiranya tidak, periksa balik dimana silapnya kita dalam pengurusan masa kita seharian.
Sentiasa membuat pemerhatian berapa lama masa yang kita peruntukkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
Kita memerlukan 15-30 minit untuk bersiap ke kelas, jadi kita sudah tahu sekiranya kelas kita bermula dalam masa 30 minit lagi, dan perjalanan ke kelas mengambil masa kurang 10 minit, jadi kita akan tahu, kita akan sempat untuk bersiap sebelum ke kelas.
Antara contoh yang boleh kita ambil iktibar dari video ini ialah kita mestilah pandai menguruskan masa yang ada sebelum kita menyesali perbuatan kita yang telah kita lakukan.
No comments:
Post a Comment