Monday, February 5, 2018

KESIMPULAN







Kesimpulan yang dapat dibuat dari pengurusan masa yang bijak, kita mestilah fokus kepada keutamaan dahulu sebelum melakukan perkara yang kurang tertumpu agar masa yang kita ada tidak terbuang begitu sahaja. Maka, uruslah masa yang kita ada sebaik-baiknya agar menjadi orang yang berdisiplin dan menepati masa.


BAHAN RUJUKAN




Ini ialah bahan rujukan yang kami cari melalui laman web iaitu :


  • https://www.slideshare.net/mobile/hawana/pengurusan-masa-9765855



  • http://akuislam.com/blog/renungan/pengurusan-masa-terbaik/



  • https://uniprof.wordpress.com/2012/03/27/pengurusan-masa-dari-perspektif-islam/



  • http://hcjohor.blogspot.my/2013/12/5-tips-pengurusan-masa-untuk-muslim.html?m=1



  • http://azizanosman.com/10-cara-untuk-menggunakan-masa-dengan-baik/



  • https://cikgunoer.jimdo.com/pengurusan-kendiri/pengurusan-masa/teknik-pengurusan-masa-berkesan/



  • http://www.ummi-online.com/kumpulan-hadits-rasulullah-tentang-waktu.html

  • http://www.sinarharian.com.my/rencana/cabaran-mengurus-masa-1.401930

LAMPIRAN



                                           











ISU-ISU MENGENAI PENGURUSAN MASA

Cabaran mengurus masa




KEHIDUPAN penuntut pada masa kini memang agak sibuk. Dengan kuliah, kemudian diberi tugasan, perlu mengendalikan program, study group dan banyak lagi.

Pada malamnya pula, mereka akan menelaah pelajaran dan jika semuanya selesai, ada sebahagian penuntut akan menonton televisyen buat seketika. Mungkin ingin merehatkan otak walau sekejap.

Bila melihatkan situasi sebegini, rasa kasihan mula timbul. Kadang-kadang agak tertekan juga melihat para penuntut. Tetapi nak buat macam mana, demi ilmu, semuanya perlukan pengorbanan.

Dalam kekalutan sebegini, pengurusan masa yang betul amat diperlukan. Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Paling penting, jangan melengah-lengahkan kerja. Berlengah itu pencuri masa.

Penceramah dan juru bimbing profesional, Fadzli Yusof sendiri berkata, apabila penuntut bijak urus masa, setiap hasil kerja akan menjadi bagus, penuntut juga sentiasa produktif, kurang tertekan, sering gembira dan punyai banyak masa untuk aktiviti lebih bermakna.

Sebaliknya, jika siswa-siswi itu gagal menguruskan masa dengan bijak, mereka akan menjadi tidak produktif, sering stres, menjadi cemas dan bimbang, gusar serta mudah marah.


Betapa berharganya masa!

Cepat sungguh masa berlalu. Tanpa disedari, kita sudah pun menjengah bulan Jun 2015. Bagi mereka yang bergelar penuntut, masa begitu penting buat mereka. Jika tidak bijak menggunakan masa, alamatnya mereka akan gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada waktu yang ditetapkan.

Penuntut dan masa memang tidak dapat dipisahkan. Kalau boleh, mereka impi bahagikan masa dengan begitu baik. Apa jua perkara bermanfaat diberi tumpuan manakala hal yang membuang masa dibuang ke tepi.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam perkara yang membabitkan masa. Antaranya, penuntut tersebut boleh membahagi-bahagikan aktiviti harian mengikut kategori.

Tetapkan keutamaan apabila siswa-siswi membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: Menyiapkan tugasan adalah keutamaan; melakukan senaman adalah keutamaan; bersiar-siar di pusat beli-belah bukan keutamaan dan sebagainya.

Tetapkan aktiviti berdasarkan keutamaan dan apa yang diperlukan.

Gunakan diari. Diari atau jadual waktu dapat membantu seseorang melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia juga turut membantu untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan.


Urus masa

Penulis sempat menemu bual seorang penceramah dan juru bimbing profesional, Fadzli Yusof berkenaan isu pengurusan masa dalam kalangan penuntut di universiti.

Katanya, selain belajar, penuntut juga mempunyai tugasan hidup yang lain seperti sebagai seorang anak, abang, adik, kawan, pemimpin pelajar dan banyak lagi.

Mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri. Peruntukkanlah masa dan komitmen dengan baik agar ia sentiasa seimbang.

"Saya percaya ramai di kalangan siswa kita mempunyai jadual waktu. Tetapi malang sekali, jadual waktu hanya tinggal sebagai sekeping kertas yang tidak berguna. Ia tidak benar-benar ‘menjadualkan’ urusan masa seharian seseorang.

Justeru, amat wajar bagi mereka untuk mencari seseorang yang pakar dalam mendapatkan nasihat bagaimana membuat jadual waktu dengan baik," katanya.

Fadzli yang merupakan pengasas NLP Malaysia Centre (www.nlpmalaysia.net) berkata, penuntut seharusnya menyusun tugasan kerja mengikut keutamaan. Kerja yang tidak berapa penting dikemudiankan. Sempurnakan yang paling utama dahulu.

Belajar bagaimana untuk menentukan prioriti dan menyusun jadual tugasan yang cekap dan berkesan.

Mengetahui akan tabiat tidur untuk diri juga amat penting. Kata Fadzli, jika penuntut tidak menyusun masanya dengan betul, tidak mustahil ia akan merugikan.

"Peruntukkan masa untuk tidur. Jangan sesekali biarkan badan terseksa dengan kepenatan akibat kekurangan tidur. Tetapi dalam masa yang sama jangan pula lebih tidur.

Ia juga cukup memenatkan. Sebab itu, penuntut perlu mengenali tabiat tidur sendiri - supaya boleh merancang waktu tidur yang terbaik," ujarnya.


Usah malu

"Saya dapati ramai kalangan siswa kita gemar menyembunyikan jadual kebanggaan masing-masing. Perasaan malu dan segan makin menebal jika jadualnya dilihat orang. Kenapa pula? Bukankah ia menunjukkan bahawa anda seorang yang tersusun dan terancang?

"Bila mereka menampal jadual waktu di tempat terbuka (maksud saya, di dalam bilik), secara automatik, rakan-rakan juga boleh menjadi tenaga pendesak kepada mereka untuk mematuhi jadual waktu; jika tidak, kawan-kawan yang lain akan memandang rendah terhadap anda," kata Fadzli.

Sepanjang sesi temu bual, Fadzli cukup gemar memberi falsafah dan perumpamaan. Menurutnya, penuntut tidak seharusnya mendukung biawak hidup. 'Biawak-biawak' dalam alam pembelajaran adalah siswa siswi yang pemalas, dan hanya tahu menyuruh orang lain dengan pelbagai alasan.

"Kalau mereka malas membuat kerja rumah, mereka akan ‘meminta tolong’ daripada kawan di sekeliling mereka.

Walhal mereka sahaja hendak memperalatkan anda. Jika kerja itu memang tanggungjawab anda, tidak mengapa. Tetapi kalau terpaksa melakukannya hanya semata-mata kerana sifatnya yang pemalas, baik jauhkan diri daripadanya. Jangan sesekali ‘mendukung’ mereka ini, kerana ia hanya akan menyusahkan," jelasnya.

Menurut Fadzli, siapa kata masa tidak boleh dipagari? Ia boleh dipagari oleh diri sendiri dan jangan biarkan ia dicuri oleh orang.

"Masa kita boleh dicuri oleh mereka yang tidak mempunyai disiplin masa. Salah satu cara untuk ‘memagari’ masa ialah dengan menetapkan masa yang tepat dan tidak biasa didengar. Contohnya, menetapkan perbincangan kumpulan pada pukul 3.32 petang, atau janji temu pada 8.13 malam.

Satu lagi cara untuk ‘mengetatkan sekuriti’ masa ialah dengan menyatakan kepada mereka tabiat menepati masa dan jadual masa anda yang ketat.

"Kemudiannya, penuntut itu sendiri boleh mencuba untuk takutkan orang lain. Dalam bilik disediakan penanda tombol yang berbunyi Jangan Ganggu atau Don’t Disturb. Atau mungkin pernah melihat satu papan tanda di pejabat seperti Jurujual tidak dibenarkan masuk atau Hanya untuk kakitangan sahaja.

Atau mungkin anda melihat bilik rakan-rakan anda di asrama yang diletakkan tanda pintu Sedang belajar, Jangan ganggu selepas 11 pm, Jika ada apa-apa masalah, sila telefon saja, dan banyak lagi contoh kata-kata yang lain," ujarnya.

Bagi penuntut yang memang tidak suka membazir masa, mereka boleh terus berdiri bila ada kaki borak datang. Misalnya, tiba-tiba ada seorang rakan yang memang terkenal sebagai kaki borak. Jangan membuang masa lagi, bangun, menyapanya dengan mesra.

Tanyalah jika ada perkara mustahak. Jika tiada, ucap terima kasih dan terus berjalan ke tempat lain. Siswa berkenaan boleh ke mana-mana yang di rasa sesuai sebelum kembali ke tempat asal. Yang penting, jangan biarkan dia ‘melekat’ di tempat anda.

Dalam pada itu, Fadzli berharap, para penuntut dapat berfikir seperti ahli politik.

"Ahli politik menyusun prioriti dengan berhati-hati, agar mereka tidak membazirkan masa kepada perkara yang tidak memberikan kredit kepada mereka.

Jika seorang ahli politik menerima sepuluh panggilan telefon dalam satu masa, mereka tidak akan bertanya “Yang mana dulu?” tetapi mereka akan bertanya “Yang mana paling berkuasa?” atau “Yang mana paling membantu?” atau “Yang mana paling merbahaya?”.

"Dalam konteks pendidikan, anda boleh membezakan yang manakah ulang kaji yang paling penting; subjek mana yang masih lemah? subjek mana yang paling hampir dengan ujian? Apa yang anda fikirkan ialah; yang mana paling memberikan faedah untuk diri sendiri," katanya.


Masa amat terhad

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA, Muhamad Anas Misbahudin mengakui yang masanya cukup terbatas berbanding penuntut lain. Ini kerana, ada empat komitmen yang perlu diberi fokus dan tumpuan berbanding dua komitmen dalam kalangan siswa biasa.

"Akademik; masa bersosial; sebagai Presiden dan sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sesi 2014/2015, adalah komitmen yang harus saya agihkan masa dengan sebaik mungkin.

"Walaupun kadang kala masa yang ada tidak mencukupi, namun saya tidak menganggapnya sebagai satu beban sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang harus di laksana sebaik mungkin," kata Anas.

Untuk tidak menjadikan rutin harian menjadi kalut, beliau telah menyediakan sebuah diari dan segala urusan yang berkaitan akan dicatat agar masa yang ada dapat difokuskan pada perkara berfaedah.

"Waktu belajar, mesyuarat, menyiapkan tugasan dan banyak lagi, semuanya dicatat dalam diari. Setakat ini semuanya berjalan lancar cuma jika ada hal kecemasan, masa saya akan tersasar namun ia masih lagi dalam kawalan.

"Berkenaan waktu tidur, ia sememangnya tidak menentu. Jika banyak kerja perlu diselesaikan, saya akan tidur lambat. Namun begitu, saya tetap akan pastikan, keesokannya saya bangun awal dan melakukan tugas mengikut jadual," ujarnya.

Nasihat Anas kepada siswa, uruslah masa dengan baik kerana masa ibarat seperti mata pedang yang tajam, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Dari itu pergunakanlah masa sebaik-baiknya dalam kehidupan seharian. Setiap kerja yang dilakukan di muka bumi ini merupakan satu ibadah.

TIPS-TIPS PENGURUSAN MASA YANG BIJAK DAN EFEKTIF


                             
Tips-tips untuk Menguruskan masa dengan bijak dengan lebih produktif


1. Menyedari bahawa masa tidak menunggu sesiapa

 Kita sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah sedar bahawa masa amat penting bagi kita . Masa itu seperti emas. Masa tidak akan pernah menunggu kita jadi kita yang harus mengejar masa yang ada sebelum terlambat . Oleh itu, kita mestilah mengelakkan pembaziran masa dengan melakukan perkara sia-sia.

 Firman Allah SWT yang bermaksud :

”Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan"(Surah al-Isra' 17:27)


                Related image


2. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri kita

Kita sebagai pelajar mesti mempunyai kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Oleh itu, kita mesti melakukan jadual harian kita dengan bijak mengikut apa yang diri kita mampu lakukan . Sebagai contoh, ada pelajar yang boleh "menghadap" buku selama tiga jam berturut-turut tanpa rehat. Mungkin juga ada pelajar yang hanya dapat fokus membaca buku sekadar setengah jam ke satu jam dalam masa sehari. Dan boleh jadi kualiti setengah jam tersebut lebih baik berbanding3-4 jam merenung buku tersebut tanpa memahami isi di dalamnya. Hal yang demikian, Kita haruslah bijak mengendali waktu lapang kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah yang sesuai dengan gaya hidup kita.





3. Fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan

Untuk membantu kita fokus dalam melakukan kerja yang dilakukan ialah kita boleh letakkan telefon kita dalam mode "silent", jauhkan diri dari televisyen dan duduk bersendirian dalam melakukan sesuatu kerja agar dapat mengalih perhatian kita untuk fokus pada apa yang kita sedang lakukan. Duduk bersendirian yang saya maksudkan tadi ialah dengan melakukan kerja/ assignment bersendirian tanpa gangguan bising. Contohnya, kita dapat menghindarkan diri kita dari berbual kosong dengan rakan kita . Hal yang demikian, kerja kita akan akan lebih cepat untuk disiapkan pada masa yang ditetapkan.





4.Muhasabah kembali waktu yang telah berlalu pergi

Setiap kali selepas selesai menyiapkan sesuatu tugasan, muhasabah balik, adakah kerja kita selesai dalam masa yang ditetapkan dengan kualiti yang baik atau tidak. Sekiranya tidak, periksa balik dimana silapnya kita dalam pengurusan masa kita seharian.

Sentiasa membuat pemerhatian berapa lama masa yang kita peruntukkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

Kita memerlukan 15-30 minit untuk bersiap ke kelas, jadi kita sudah tahu sekiranya kelas kita bermula dalam masa 30 minit lagi, dan perjalanan ke kelas mengambil masa kurang 10 minit, jadi kita akan tahu, kita akan sempat untuk bersiap sebelum ke kelas.

Antara contoh yang boleh kita ambil iktibar dari video ini ialah kita mestilah pandai menguruskan masa yang ada sebelum kita menyesali perbuatan kita yang telah kita lakukan.



DALIL-DALIL MENGENAI PENGURUSAN MASA DALAM ISLAM




Dalam islam, Al- Qur’an dan Sunnah telah menjelaskan betapa pentingnya waktu sebagai anugerah Allah S.W.T bagi kehidupan umat manusia. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam al- Qur’an Surah Ibrahim ayat 33-34.

“Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinakannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”

Ayat diatas menjelaskan betapa pentingnya waktu dalam kehidupan manusia sehingga sebagai orang yang beriman, kita harus mampu memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya. Waktu memegang peranan yang penting dalam kehidupan sehingga Allah S.W.T akan meminta pertanggungjawaban dari setiap apa yang manusia lakukan untuk waktu yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.


Dalam al-quran iaitu Surah Al-Ashr :

(3)وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dalam kesabaran".


Berdasarkan ayat diatas bahawa orang mukmin yang beriman saja yang akan sedar bahawa masa amat penting dalam kehidupan dan akan menjadi orang yang berada dalam kerugian apabila kita mensia-siakan waktu yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi manfaat kepada diri kita sendiri.


Hadis Riwayat Bukhari :

وعن ابن عمر – رضي الله عنهما- قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه و سلم بمنكبي فقال: كن في الدنيا كأنك غريب، أو عابر سبيل وكان ابن عمر – رضي الله عنهما – يقول: إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك. رواه البخاري.

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua bahuku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.”

Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ , أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ

“Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.” (HR. Bukhari)


Hadis diatas menerangkan bahawa untuk melakukan sesuatu kerja ataupun kebaikan, kita mesti menyegerakan dan mempercepatkanya kerana kita belum tahu bila kita akan jatuh sakit ataupun mati. Jadi kita mesti menjadi manusia yang sentiasa menghargai masa yang ada kerana Allah S.W.T  menyukai dan meredhoi orang yang melakukan apa yang disuruh olehnya.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Terkadang manusia lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat memberi hiburan kepada mereka tanpa sedikit pun memikirkan kematian yang saban hari mendekati mereka!!!!


 Hadis Riwayat Al-Hakim :

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara: (1) Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu (2) Waktu sihatmu sebelum tiba waktu sakitmu (3) Waktu kayamu sebelum datang waktu kefakiranmu (4) Waktu luangmu sebelum datang waktu sibukmu (5) Waktu hidupmu sebelum datang waktu matimu


“Ketahuilah lima hal iaitu waktu muda, waktu sihat, waktu luang, masa kaya, dan waktu ketika hidup. Barulah seseorang betul-betul mengetahui nilainya setelah kelima hal tersebut hilang.”

Maksud tersirat hadis yang amat popular ini, mengingatkan umat Islam agar tidak mengamalkan budaya suka menangguh terutama dalam perkara-perkara yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Jangan bertangguh dalam melaksanakan hak, amanah dan tanggungjawab…

Jangan bertangguh dalam melaksanakan amal ibadat…

Jangan bertangguh dalam menyebarkan syiar Islam…

Jangan bertangguh dalam soal memperjuangkan dan mempertahankan kedaulatan Islam…

Jangan bertangguh dalam menegakkan hukum syarak…

Jangan bertangguh dalam menyempurnakan tugasan yang diamanahkan dalam pekerjaan…

Sabda Rasulullah s.a.w :“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENGENALAN PENGURUSAN MASA

Bismillahirohmanirrohim..

Assalamualaikum semua!

Blog ini khas untuk menerangkan mengenai pengurusan masa dalam islam. Pengurusan masa yang bijak akan membentuk peribadi seseorang untuk menjadi yang lebih baik. Dari perkongsian ini kami berharap akan dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk semua :)



Pengurusan masa ialah kemampuan untuk merancang dan mengawal penggunaan masa kita dalam sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita. Penggunaan masa yang efektif merujuk kepada bagaimana kita merancang masa kita dengan bijak dan mendatangkan kebaikan kepada kita.

Pengurusan masa yang tidak baik akan menyebabkan kerja-kerja harian kita akan menjadi tertangguh. Pengurusan masa yang tidak terancang menjadikan kita orang yang mempunyai disiplin yang rendah. Tahap disiplin yang rendah akan mendorong kita untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.

Kadangkala manusia sering berkata "masa itu tidak mencukupi" ,ada yang segelintir berkata "masa mencukupi" dan ada sesetengah manusia berkata "terlebih masa".

Manusia sering mempertkaikan masa yang ada. Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan waktu.

Masa sentiasa bergerak laju walau apa pun yang kita lakukan. Kita di dunia ini diberi masa iaitu 24 jam,1440 minit @86400 saat setiap hari untuk digunakan setiap hari sama ada melakukan kebaikan ataupun kemungkaran.




Manusia juga seringkali terleka dngan masa lapang dan mudah saja lali dengan kehidupan  yang fana. Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang juga, jalan pembaziran juga yang dipilih oleh kita. Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini.

Oleh itu, kita sebagai umat manusia yang sering leka dan lalai ini mestilah sentiasa fokus dan bijak dalam menguruskan masa yang efektif. Walaupun kita tidak boleh mengawal masa, namun kita boleh mengawal apa yang kita lakukan dalam kehidupan harian kita agar menjadi manusia yang berguna dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Sebagaimana dalam video itu ialah manusia itu akan berada dalam kerugian jika kita mensia-siakan waktu yang ada. Jika manusia itu beramal soleh, dia akan memperoleh kebaikan seperti akan menepati waktu dan berdisiplin dalam melakukan sesuatu.






PENGENALAN DIRI

Assalamualaikum wbt. Ini adalah antara ahli kumpulan kami yang bertungkus-lumus membuat blog ini iaitu:

1. Siti Nurfakhira Binti Mohd Noor
    No matrik :16DPR17F1009
    Kelas : DPR2A
    Sesi : Dis 2017

2) Nur Atiqah Binti Mohd Zaim
     No matrik : 16DPR17F1023
     Kelas:DPR2A
     Sesi: Dis 2017

3)Afifah Hanim Binti Raziman
    No matrik :16DPR17F1064
    Kelas: DPR2A
    Sesi: Dis 2017

Pensyarah kami ialah : Puan Nurul Asma Binti Effendi




KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat dari  pengurusan masa yang bijak, kita mestilah fokus kepada keutamaan dahulu sebelum melakukan per...